Click it!

Click Click

Mari Exchange URL Link Dengan Saya

Wednesday, March 13, 2013

Berina C Plus



BERINA C-PLUS JUS SUNNAH UNTUK IQ..
RM38/15 SACHET

Pastikan anak2 anda telah berBERINA C+ sebelom ke sekolah. Jus minuman sunnah mengandungi 7 jenis herba sunnah kaya dgn VITAMIN C untuk kecerdasan otak dan membina IQ yg tinggi. Mana yg tak sempat breakfast pastikan anda bekalkan mereka 2 sachet utk kecergasan tubuh dan minda di waktu pagi dan petang. Mudah dibawa ke mana2 sahaja. Terus diminum dari sachet.

Berfungsi untuk:
~Prebiotik
~Tenaga Aktif
~Minda Sihat Cergas
~Kuat Daya Ingatan
~Sel Darah Sihat
~ Immunisasi Badan
~Nutrisi Semulajadi

Khasiat terdiri drp:
1. Estrak Saffron
2. Habatusauda
3. Kismis
4. Madu
5. Buah Tin
6. Delima
7. Gam Arab



Antara Herba Sunnah ialah Bunga Saffran/Za'faran ...

Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:
'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

KHASIAT ZA'FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
" Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
" Bengkak hati atau hipatitis A dan B
" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
" Menambahkan tenaga zahir dan batin
" Masalah mati pucuk, sembelit
" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.




Pokok delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika[1]. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari. Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.
Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran. sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.




Antara Herba Sunnah ialah Buah Tin ...

Buah Tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil kajian dalam 100gram buah Tin, didapati Buah Tin mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian juga menunjukkan, bahawa serat terlarut dapat membantu gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (kolon).

Buah Tin mempunyai bahan yang dapat melawan kanser.

Di dalam Buah Tin mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karana ia berfungsi sebagai radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, iaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanker prostat.

Antara lain khasiat buah Tin adalah seperti berikut di mana serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, karena dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.

Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu. Lembaga Penasihat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai "Nature's most nearly perfect fruit", yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan.

* Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

* Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.




No comments:

Post a Comment

DISABLE RC